Pembaziran
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi.
Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?
Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka?
Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?
Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini.
Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong.
Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/
Read the entire article by Dr Mohd Asri here at: Utusan Malaysia Online

8 comments:
"Die Religion ... ist das Opium des Volkes" - Karl Marx
The public cannot be silent anymore. You once commented waaay back last year that Msians cannot bring democracy to the streets as it would lead turn Malaysia into a country like the Philippines. How far along are we now? Any closer?
UMNO is so engrossed in its opulence, it does not see the street protests, the poverty crying out, and the hardships incurred by their actions.
Doesn't this remind you of Rome before its fall as an empire?
But then, not many in the UMNO crowd are that much into history.... otherwise they wouldn't be doing what they are doing right?
in the fight to make the government more transparent and accountable, more civil servant should stand up and voice their thoughts.
maybe the mufti is not in the civil servant category nevertheless it is refreshing to hear such logical thoughts from an agency that is perceived to be a government propaganda/pr unit.
i also hope more individual like the judge ian chin will stand up and speak.
there is only so much the civil society and ngo can do but with the combine voice from the civil servants changes would be faster.
but i don't think that bringing it out to the streets will do any good.. They (not only UMNO,BN as a whole is at fault) will only use it to justify any stupid reactions they'd planned that will only benefit them more..
They will use riot/chaos is not good bla bla and manipulate that so that the uninformed will believe that without the present government they will be no peace..
The assured way to do this is by the ballot box.. convince the people.. inform them.. then i think change will soon to come..
The Title is an old arguments on Communism... Sort of irrelevant now..
Jefus,
I think the main issue is about wastages, frugality and the reflective attitudes of leaders and ways to provide good examples and leadership for the people.
Agnos,
Civil servants are bound by a set of code and are not allowed to speak against executive decisions. Do not blame them as there is such a prohibition.
kfaisal,
I may agree with you; but is there any other effective mode of expression that could cause the executive to act affirmatively?
Gukita,
The title may be irrelevant but the concept and causality is the same.
Agama only? Keturunan juga diguna untuk mengkhayalkan orang miskin. Patutlah miskin, begitu pun ditipu.
Is he talking on behalf of Shahidan?
Hasilox,
Begitu susah nya!
alhusseyn,
I think he is not talking on behalf, maybe, inclusive of.
Post a Comment