Wednesday, September 06, 2006

Khairy yang semakin menyusahkan Umno

Excerpt:

Khairy yang semakin menyusahkan Umno

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, saya juga turut mengikuti telatah Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Nampaknya makin sehari semakin kusut Umno dibuatnya.

Terkini pula, dalam mesyuarat Pemuda Umno di Jerlun, beliau terus terbabas apabila dengan liar mengandaikan yang kaum lain akan mengambil kesempatan ke atas orang Melayu jika Umno lemah. Kalaupun Umno lemah sekarang sekalipun,Khairy tidak perlu mengaitkan keadaan kelemahan Umno itu dengan parti dan kaum lain.

Sepatutnya, Umno tidak payahlah melumur selut kepada parti-parti MCA dan Gerakan. Carilah punca-punca kelemahan sendiri dan perbaiki. Jika nak tahu sangat di mana yang dikatakan lemah itu, semaklah apa yang PAS telah tegur Umno selama ini. Atau, jika terlalu sibuklah (katakan), maka bolehlah juga Umno merujuk kepada kritikan pedas bekas Presiden Umno yang telah menyenaraikan kelemahan Presiden Umno , perangai kroni dan anak pinaknya satu persatu.

Isu AP, jambatan bengkok, cadangan penjualan pasir, saranan penggunaan ruang udara oleh Singapura, penjualan Augusta, penglibatan anak-anak Perdana Menteri dalam mencampuri urusan Kerajaan dan bagaimana menantu Perdana Menteri itu boleh mengumpul wang sebanyak RM9.2 juta. Demikian juga dengan faktor Kalimullah.Kes anaknya Kamaludin yang dikatakan membolot kontrak-kontrak besar Kerajaan juga memerlukan perhatian.

Jika Perdana Menteri mengatakan tidak tahu, bagaimana pula boleh akhbar The Malay Mail menyebutkan bahawa Syarikat Scomi milik Kamaludin mendapat tawaran kontrak RM 50 juta dari KTM pada tahun 2005 bagi menyelenggara 1,000 gerabak. Begitu juga dengan laporan dari Business Times keluaran Mac 2006 yang mendedahkan Scomi akan membida sebanyak RM 120 juta untuk kontrak membuat bahagian badan 400 buah bas milik Syarikat Prasarana Negara berhad.

Soal kesediaan Perdana Menteri untuk memohon maaf jika tersalah adalah soal lain tetapi perkara yang penting di sini ialah bagaimana kroniknya suasana negara yang sedang diperintah oleh sebuah parti nasionalis Islam Hadhari.

Kelemahan Umno tiada kena mengena dengan parti-parti Cina dan India yang kononnya akan mengambil kesempatan. Jika sudah lemah, lemahlah. Dah nak buat macam mana!

Ini sebenarnya stail lama Umno untuk melahirkan suasana cemas. Yang cemas sebenarnya ialah Umno yang digugat oleh PAS dan Tun Dr. Mahathir. Dia sengaja melahirkan keadaan takut (a state of fear), memainkan sentimen dan emosi orang Melayu supaya orang Melayu masih terus bergayut ke lengan Umno walau apapun keadaan.

Ertinya, Umno masih terus mengajar orang Melayu agar menyokong Umno membabi buta. Itu yang dia selalu hunus keris ( tu) supaya Melayu terus "pantang derhaka" kepada Umno dan taat berhangit di bawah ketiaknya. Benar atau salah, asalkan ia dibuat oleh pemimpin Umno yang Melayu maka ia dikira benarlah.

Inilah juga yang selalu saya tegur tentang betapa khianatnya parti yang mendokong faham kebangsaan. Semakin jahat lagilah apabila Umno berpegang pula kepada faham sekular. Agama suku politik suku. Mahukan bukti kontemporari? Mari kita dengar kata- kata Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein terkini berbunyi,"apabila anda campurkan agama dan politik, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan (oleh Umno) - Berita Minggu,3 September 2006. Kan jelas!

Saya kadang-kadang terasa sungguh malu dengan kedangkalan kenyataan-kenyataan pemimpin Umno berbanding dengan rakan-rakan komponen mereka di dalam BN. Dalam perhimpunan pemimpin-pemimpin parti MCA dan Gerakan misalnya, mereka serius berbicara tentang peluang-peluang ekonomi, pendidikan, budaya, gejala sosial,bahasa dan masa depan mereka. Mereka lebih futuristik.

Umno pula asyik menghabiskan masa dengan retorik memuja pemimpin. Sikit-sikit RM ke-9. Letih memuji sesama mereka....

Rasuah dan politik wang tetaplah subur. Angka penagih arak , judi, dadah, dedah dan belasah terus meningkat.Gejala curi, rompak, peras, ugut, rogol, ragut, sumbang mahram,bakar, bunuh, ponteng, dera ,GRO, disko, lacur, mak nyah, gaya hidup gay, kelab malam, rumah dangdut dan urut tidak pernah menemui jawapan yang konkrit dari perhimpunan .

Menjelang November nanti, lihatlah Perhimpunan Umno yang akan menyaksikan pertembungan besar-besaran antara Bekas Presiden Umno dengan Dato' Seri Presiden Umno yang akan sibuk mempertahan anak dan menantu. Silap-silap, selepas bengkung songket dan songkok perhimpunan dilucut, apa yang naik tak pasal-pasal pula ialah harga petrol, gas ,bil air, letrik dan telefon.

Yang susahnya ialah suri-suri rumah kita yang merungut kenaikan berganda semua bahan-bahan dapur di mana-mana. Inilah hadiah Umno setiap kali tahun baru lazimnya. Nak derhaka macam mana kalau dah minda rakyat telah di paku dengan mitos besar berbunyi "pantang Melayu derhaka."

Mudah-mudahan,dengan pendedahan ini, rakyat boleh sama-sama berfikir dan semakin mengenali wajah batil Umno itu yang sebenarnya.

8 comments:

Unknown said...

I agree with what Nik says.

Arena Green said...

Good read Mave! For once, PAS is making sense to me.

Maverick SM said...

Kenny and AM,

It seems this is a piece written for the minorities. But this is what is enunciated in the Quran. Tok Guru follows the Quran.

chong y l said...

brudder mave:
Ooi, I jeles lah you punya bahasa standard, Queen's ke?

tulisan ni adalah rsume untuk menjawat Press Sec kepada politikus ia?

I boleh rekomen kepada sdr ib, mau ke? yu tahu buat selepas tu -- 30% con...!

Dont n\betray rakan pejuangan tau! Atau...

chong y l said...

PS: brud mave: You curi excerpt tu ke? Aiyah, I di tipu -- yu jangan masuk politik LOL!:(

Maverick SM said...

DEsi,

It's excerpt from the essay by Nik Aziz...

I can't write this essay!!!!!

My bahasa is std 1!!!but I speak kelata!!!!

Anonymous said...

this is taken from harakah daily lah. i first came across it when i went to jeff ooi's blog. i meant to highlight it in my blog too... and perhaps translate some parts in english.

jasgill said...

Good piece. This playing to the sentiments of the "simpletons" is the only armour left in their arsenal. Why do you think the Mat Rempits are being brought in the youth wing? Solidarity voting mah. That is the aspect that they have been praising and now you know why...